Semasa dalam perjalanan menuju ke Masjid Nabawi, dan sebagaimana yang biasa dialami oleh kebanyakkan jemaah yang baru sampai, fikiran Pak Yaakob tidak memikirkan hal-hal lain. Sebaik sahaja Pak Yaakob memasuki Masjid Nabawi, perasaannya sangat kagum dengan suasana persekitaran yang terdapat di dalamnya. Pak Yaakob merasakan masjid terlalu luas dan sangat luarbiasa keadaannya.
Selesai sahaja solat, para jemaah yang terdiri daripada berbagai bangsa dan umur masing-masing bergegas keluar untuk pulang ke hotel penginapan masing-masing.
Pada ketika ini baru sahaja Pak Yaakob sedar yang beliau tidak berapa pasti di mana beliau meletakkan seliparnya. Pak Yaakob pergi berlegar-legar di sekitar masjid untuk mencari rak kasut yang digunakan untuk menyimpan selipanya. Kelihatan semuanya serupa dan yang membezakan adalah nombor-norbor yang tertera pada sisi rak-rak tersebut. Pada ketika ini, Pak Yaakob mula bingung dan mulai pasrah. "Kalau tak jumpa pun tak apalah, saya boleh balik berkaki ayam." bisik hati Pak Yaakob.
Pak Yaakob pun keluar dari pintu masjid berkaki ayam. "Masya Allah ramainya manusia" bentak hati Pak Yakob. "Kemana saya nak tuju kalau orang sebegini ramai dan semua tempat macam sama sahaja?" soal Pak Yaakob sendirian. Pak Yaakob terus tawakkal dan berjalan mengikut langkah kainya yang dibawa oleh arus manusia yang berpusu-pusu keluar dan menuju ke arah pintu pagar Masjid Nabawi yang berada di sekitarnya.
Suasana persekitaran ketika ini sangat bising dengan jeritan dan hiruk-pikuk para peniaga-peniaga pakaian dan berbagai barang keperluan. Suasana ketika itu sangat berbeza dengan sebelumnya. Sewaktu Pak Yaakob meninggaklan hotel untuk ke mesjid, suasanya sangat hening dan damai, kini keadaannya sangat berlainan sama sekali.
Pak Yaakob mula resah apabila mendapati di luar sana kelihatan bangunan seakan-akan sama dan tidak pasti yang mana satu hotel yang beliau dan rombongannya duduki. Setelah sekian lama berpusing-pusing dan cuba mengingatkan lokasi tempat penginapan beliau dan rombongannya berada, Pak Yakob merasa keletihan dan mula merasa lapar. Pak Yakob kembali masuk ke dalam masjid dan meminum beberapa teguk air zam-zam untuk mengisi perutnya.
Pak Yaakob duduk di salah suatu tiang masjid yang luas itu dan menunggu seandainya ada sesiapa yang mengenalinya dan membawanya pulang ke hotel. Pak yaakob terus menunggu dan menunggu, setelah mengantuk, Pak Yaakob tidur dan apabila azan berkumandang, dia akan pergi ke tandas yang berada di luar masjid untuk bersiap sedia menpersiapkan diri dan mengambil udhuk. Begitulah keadaan Pak Yaakob selama beberapa hari.
Apabila Pak Yaakob berasa lapar, beliau akan meminum air zam-zam yang nerhampiran dan kadang kala, Pak Yaakob akan menyertai jemaah lain berbuka puasa dengan menjamah roti dan kurma. Begitulah keadaan Pak Yaakob selama beberapa hari sebelum beliau ditemui oleh jemaah dari Malaysia yang kemudiannya menghantarkan beliau kembali ke hotel.
Dari pengalaman ini, Pak Yaakob menyedari bahawa tindakkannya keluar ke masjid tanpa memberitahu sesiapa adalah amat merbahaya dan boleh mengundang padah. Ini adalah kerana keadaan persekitaran di Madinah dan Masjid Nabawi yang asing bagi jemaah yang kali pertama mengunjunginya boleh membuatkan seseorang itu tersesat.
Sebaik-baiknya, jemaah samada baru atau lama dikehendakki membawa pengenalan diri dan kad hotel untuk membolehkan orang lain mengenali serta memberi bantuan sekiranya diperlukan.