Kisah ini berlaku semasa kami mengetuai satu rombongan umrah pada tahun 2014 yang lalu. Ketika berada di Tanah Suci Mekah, rombongan kami bertemu dengan satu lagi rombongan umrah yang telah terlebih dahulu sampai di sana.
Dalam rombongan tersebut terdapat empat orang sahabat berusia dalam lingkungan antara lima puluh dan enam puluhan. Mereka berasal dari sebuah daerah di negeri Selangor. Mereka telah sepakat mendaftar untuk pergi bersama-sama rombongan umrah kali ini.
Di kalangan sahabat tersebuat terdapat seorang yang paling muda usianya dan merupakan seorang yang sangat cergas. Kami gelarkannya dengan nama Kak Esah (bukan nama sebenar).
Sepanjang berada di Madinah, Kak Esah banyak membantu rakan-rakanya yang menghadapi pelbagai masalah kesihatan dan masalah pergerakan terbatas kerana faktor usia. Di dalam hotel Mekah dan Madinah mereka meminta untuk ditempatkan dalam bilik hotel yang sama.
Tidak banyak masalah berlaku sewaktu mereka berada di Kota Suci Madinah kerana kedudukan hotel yang sangat hampur dengan Masjid Nabawi iaitu sekitar 50 meter sahaja jaraknya. Pergerakan untuk berulang-alik dari hotel ke masjid tidak begitu menyukarkan mereka lebih-lebih lagi, keadaan topografi di sekitar hotel dan masjid tidak begitu berbukit-bukau.
Namun, keadaan ini berubah apabila mereka telah berada di Kota Suci Mekah. Walaupun jarak antara hotel ke Masjidil Haram adalah hanya 350 meter sahaja, tetapi perjalanan untuk ke masjid adalah sedikit sukat untuk warga tua yang mengalami masalah pergerakan. Ini adalah kerana mereka terpaksa menaiki bukit yang tidak begitu curam sepanjang perjalanan pergi ke masjid. Dalam keadaan cuaca begitu sudah pasti ianya sedikit melelahkan sesiapa sahaja termasuk golongan muda.
Dalam keadaan begini, sesiapa sahaja boleh kehilangan pertimbangan dan kesabaran. Setelah selesai umrah yang ketiga, dan dalam keadaan tertekan kerana keletihan, Kak Esah mula merungut-rungut betapa susahnya beliau kerana terpaksa menguruskan ketiga rakan-rakannya yang lebih berusia daripadanya.
Dengan nada kecewa, Kak Esah telah telepas kata: "Dalam bilik ni hanya aku sorang sahaja yang sihat, yang lain tak boleh diharap langsung."
"Astaghfirullah" tegur rakan-rakannya. "Ingat, kita sekarang berada di Tanah Suci, tak baik cakap macam tu".
Akhirnya, Kak Esah mencadangkan rakan-rakannya agar tidak perlu pergi ke masjid untuk mengelakkan sebarang masalah. Sepanjang hari itu Kak Esah terlalu sibuk keluar untuk membeli belah
Maha suci Allah yang berkuasa menentukan segala-galanya dan semoga kita sentiasa berada di dalam perlindungan-Nya. Selang sehari daripada peristiwa ini, rakan-rakan Kak Esah telah melihat satu perubahan mengejutkan pada diri Kak Esah. Jika dahulunya Kak Esah merupakan seorang yang paling cergas untuk berkemas dan bersiap-siap untuk pergi ke mana-mana, keesokkan paginya rakan-rakan Kak Esah mendapati beliau masih tidak bangun dari tidur.
Mereka sengaja tidak mengejutkannya kerana menyangka mungkin beliau terlalu keletihan. Rakan-rakan Kak Mah mula rungsing apabila mendapati beliau masih berada di atas katil apabila masuk waktu Zohor. Mereka menyangka Kak Mah mengalami masalah kemurungan dan pergi mendapatkan pertolongan kepada mutawwif yang bertugad.
Namun begitu dugaan yang besar telah menimpa Kak Mah kerana setelah diperiksa, di dapati Kak Mah telah mengalami stok secara mengejut. Beliau tidak dapat bergerak atau berkata-kata akibat serangan strok tersebut.
Kak Esah terpaksa dipapah untuk dinaikkan ke atas kerusi roda yang kemudiannya ditolak oleh rakan-rakannya secara bergilir-gilir dalam perjalan pulang ke tanah air.
"La Hawla Wala Quwwata Illa Billah" - "Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata."