Pagi itu setelah selesai checkin di hotel, Pak Yaakob tidak sabar untuk menunggu sampai selepas subuh untuk mengikuti rombongan yang di ketuai oleh mutawwif dalam program ziarah dalaman di Masjid Nabawi. "Apa salahnya kalau saya pergi dahulu ke masjid dan bertemu dengan rombongan saya di masjid itu nanti?" bisik hati Pak Yaakob bagi meyakinkan dirinya sendiri. "Lagi pun saya sudah biasa berjalan jauh semasa di kampung sebelum ini dan jarak dari hotel ke masjid bukannya jauh sangat" tambah Pah Yaakob lagi.
Akhirnya, Pak Yaakob membuat keputusan untuk pergi sendirian ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat fardhu Subuh. Oleh kerana terlalu teruja, Pak Yaakob terlupa untuk membawa, Kad Pengenalan Diri, Beg Sandang serta Kad Hotel yang telah dibekalkan oleh pihak syarikat pelancongan.
Sekiranya jemaah yang tidak mempunyai pengalaman di Kota Mekah dan Madinah keluar bersendirian tanpa membawa Tag Pengenalan diri dan Kad Hotel, potensi untuk tersesat adalah amat tinggi.
Kehilangan Pak Yaakob segera diketahui apabila rakan-rakan yang berada sebilik dengan Pak Yaakob mendapati beliau tidak pulang untuk makan pagi di dewan makan. Mereka cuba mencari beliau di dalam bilik dan luar persekitaran Hotel. Setelah dimaklumkan kepada mutawwif yang bertugas, usaha mengesan Pak Yaakob terus dipergiatkan.
Setelah beberapa hari berlalu mereka gagal untuk mengesan Pak Yaakob. Rombongan Pak Yaakob terpaksa meneruskan perjalanan ke Kota Suci Mekah pada hari yang keempat seperti yang telah dijadualkan.