Semasa dalam perjalanan menuju ke Masjid Nabawi, dan sebagaimana yang biasa dialami oleh kebanyakkan jemaah yang baru sampai, fikiran Pak Yaakob tidak memikirkan hal-hal lain. Sebaik sahaja Pak Yaakob memasuki Masjid Nabawi, perasaannya sangat kagum dengan suasana persekitaran yang terdapat di dalamnya. Pak Yaakob merasakan masjid terlalu luas dan sangat luarbiasa keadaannya.