Surah AlBaqarah. Ayat 058

"Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri) dan (mintalah ampun dengan) berkata: Ya Allah ampunilah dosa kami supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik."

Showing posts with label Kisah Dan Tauladan. Show all posts
Showing posts with label Kisah Dan Tauladan. Show all posts

Kalau Sudah Rezki Tidak Akan Kemana

Pada musim sejuk 2013 yang lalu kami telah sekali lagi mendapat jemputan dari Yang Maha Esa untuk bertamu ke Tanah Suci Mekah dan Madinah bersama satu rombongan umrah dari negeri Johor. Rombongan ini dijadualkan berangkat dari Johor Baharu dengan menaiki bas  ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Jumlah keseluruhan ahli jemaah adalah seramai 43 orang yang terdiri daripada 6 buah keluarga besar dan beberapa pasangan suami isteri dan anak mereka.

Segalanya Hanya Pinjaman Dari Allah

Kisah ini berlaku semasa kami mengetuai satu rombongan umrah pada tahun 2014 yang lalu. Ketika berada di Tanah Suci Mekah, rombongan kami bertemu dengan satu lagi rombongan umrah yang telah terlebih dahulu sampai di sana.